Bahagian 03Objektif dan Panduan Penggunaan
Misi Kita Hari Ini!

Objektif Pembelajaran
Pada akhir aktiviti, kamu dapat:
Misi 1
Mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga jenis emosi.
Misi 2
Mengekspresikan sekurang-kurangnya satu emosi melalui seni visual, muzik atau pergerakan.
Misi 3
Memilih sekurang-kurangnya satu strategi yang sesuai untuk mengurus emosi.
Panduan Penggunaan
Ikut empat langkah mudah ini sepanjang aktiviti.
- 01
KENALI
Kenal pasti emosi yang sedang dirasai.
- 02
EKSPRESI
Luahkan emosi melalui aktiviti seni.
- 03
TEROKA
Cuba strategi untuk mengurus emosi.
- 04
REFLEKSI
Fikirkan apa yang dipelajari daripada aktiviti.
OUR SAFE SPACE
Ruang selamat kita bersama
- Tiada emosi yang perlu dimalukan.
- Setiap orang boleh mengalami emosi yang berbeza.
- Tiada hasil seni yang dianggap salah hanya kerana berbeza.
- Kita menghormati perasaan dan hasil karya orang lain.
- Murid boleh memilih untuk tidak berkongsi perkara peribadi.