EMO-ARTKIT
Bahagian 02Kenali EMO-ART KIT

Apa Itu EMO-ART KIT?

EMO-ART KIT ialah kit aktiviti seni digital yang dibangunkan untuk membantu murid mengenal pasti, mengekspresikan dan memahami emosi melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

Kit ini menyediakan ruang yang selamat dan kreatif untuk murid meneroka perasaan, mengenali respons diri serta mempelajari strategi pengurusan emosi yang sesuai.

Kenapa EMO-ART KIT diwujudkan?

Kadangkala, murid mengalami kesukaran untuk mengenal pasti atau meluahkan perasaan melalui kata-kata. Oleh itu, aktiviti seni boleh digunakan sebagai medium alternatif untuk membantu murid meneroka dan mengekspresikan emosi.

Tiga Elemen Seni

Klik setiap kad untuk tahu lebih lanjut